Monday, January 19, 2015

Gambar Para Pemenang Festival Catur Kedah 2015

19/01/2015 - Alor Setar - Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah menjayakan Festival Catur Kedah 2015 di Menara Alor Setar, baru-baru ini.

Festival yang berlangsung selama tiga hari tersebut telah menarik minat lebih 100 penggemar sukan catur di sekitar Kedah, malah peserta dari Perlis, Pulau Pinang, Perak dan sejauh Johor turut hadir. 

Menurut En. Muhammad Iyas, Pengarah Festival, acara yang julung kali diadakan ini bakal menjadi acara tahunan persatuan.

Sepanjang 3 hari tersebut, tiga kejohanan telah diadakan iaitu Kejohanan Catur Blitz, Kejohanan Catur Rapid Terbuka Kedah, dan Pemilihan Wakil Kedah ke Kejohanan Catur Tertutup Kebangsaan(yang dijadualkan berlangsung pada awal Mac nanti).

Looi Xin Hao mengungguli Blitz, Evan Timothy Capel menjuarai Terbuka Kedah,
manakala Muhammad Sirajuddin Munawwir bin Ahmad Fuad tampil tempat pertama di dalam Pemilihan Wakil Kedah.

Penyertaan para pelajar di dalam festival ini sangat memberangsangkan. PERCAK berhasrat mempergiatkan lagi promosi sukan catur menjadi salah satu sukan pilihan para pelajar dalam mengisi waktu lapang.

Sekian, terima kasih.

Gambar: https://www.flickr.com/photos/percak/sets

Tujuan program Festival Catur Kedah 2015 diadakan adalah sebagai penanda aras kepada satu era baru dunia catur di Kedah di mana ketelusan dan keinginan untuk terus maju menjadi faktor utama.

Ini dapat dilihat pada pemilihan wakil Kedah yang mana kita menerima sesiapa sahaja untuk menunjukkan kemampuan diri sebagai wakil Kedah.

Hasilnya kita dapat melihat muka baru di dalam senarai calon wakil Kedah tahun ini.

Program ini juga menjadi titik tolak kepada lebih banyak lagi aktiviti yang dirancang persatuan.

Thursday, January 8, 2015