Wednesday, February 24, 2016

KEJOHANAN NATIONAL AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIPS (NAG2016)

KEJOHANAN NATIONAL AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIPS (NAG2016) 12HB MAC – 14HB MAC 2016, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) BANDAR SERI ISKANDAR , TRONOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Perak dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) akan menganjurkan kejohanan National Age-Group Chess Championships (NAG2016)  bertempat di Dewan Chancellor, University Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak  mulai dari 12hb Mac 2016 sehingga 14hb Mac 2016.

Persatuan Catur Negeri Kedah mempelawa ibu bapa/guru-guru untuk menghantar pemain-pemain remaja negeri ke kejohanan ini.  Semoga dengan penglibatan diperingkat kebangsaan ini, ia akan memberi peluang kepada mereka melalui pengalaman serta kecemerlangan di kalangan para pemain remaja negeri yang lain. Ia juga akan dapat menyemarakan lagi semangat pemain untuk terus ke mercu antarabangsa.

Tarikh tutup penyertaan: 1 Mac 2016

Deposit yuran penyertaan ke akaun Bank Islam Percak: 02093010010464

Sekiranya berminat, mohon isi Entry Form (download PDF Prospektus dan isi) di bawah dan hantar bersama-sama yuran penyertaan RM50 (dalam bentuk cheque/slip bank in) kepada
Setiausaha Agung
Persatuan Catur Negeri Kedah
No. 217 Jalan Gemilang 6
Taman Gemilang
06000 Jitra Kedah





No comments:

Post a Comment