Award

Hari Anugerah Kecemerlangan Catur Kedah

Tarikh kemaskini: 15/11/2016


 Apakah tujuan diadakan hari anugerah ini?

Hari anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf individu dan sekolah yang telah mencapai tahap yang membanggakan dalam sukan catur di Kedah.

Apakah kategori hadiah yang disediakan?

Kategori hadiah yang disediakan adalah:

1- Pemain Catur Terbaik Kedah
2- Pemain Catur Harapan Kedah
3- Sekolah Cemerlang Catur Kedah
4- Guru Catur Terbaik Kedah
5- Jurulatih Catur Terbaik Kedah

Apakah bentuk hadiah yang ditawarkan?

Buat masa ini, persatuan menawarkan trofi bagi setiap kategori hadiah. Bagaimanapun, persatuan akan berusaha sepanjang tahun mencari penaja-penaja hadiah, menjadikan anugerah ini lebih berprestij dan mempunyai tarikan.

Bilakah hari anugerah ini bakal diadakan dan bilakah tarikh akhir pencalonan?

Hari anugerah ini bakal diadakan setiap awal Januari tahun berikutnya. 30 November setiap tahun merupakan tarikh akhir pencalonan.

Apakah definisi, syarat layak dan pemutus seri bagi setiap kategori?


Kategori Hadiah Definisi
Pemain Catur Terbaik Kedah Calon terbaik melalui borang pencalonan.
Borang Pencalonan
Pemain Catur Harapan Kedah Calon terbaik melalui borang pencalonan.
Borang Pencalonan
Sekolah Cemerlang Catur Kedah Calon terbaik melalui borang pencalonan.
Borang Pencalonan
Guru Catur Terbaik Kedah Guru Penasihat Catur bagi Sekolah Cemerlang Catur Kedah
Jurulatih Catur Terbaik Kedah Calon terbaik melalui borang pencalonan.
Borang Pencalonan


Pengiraan mata bagi Sekolah Cemerlang Catur Kedah



1 mata bagi setiap pelajar yang menyertai kejohanan anjuran/kerjasama PERCAK.
Bagi setiap pemain yang mewakili Kedah dalam MSSM, sekolah akan mendapat 1 mata tambahan
Bintang Sekolah Menengah Sekolah Rendah
5 bintang 4 bintang dan menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan/negeri 4 bintang dan menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan/negeri
4 bintang 8 pemegang SPCK 4 pemegang SPCK
3 bintang 6 pemegang SPCK 3 pemegang SPCK
2 bintang 4 pemegang SPCK 2 pemegang SPCK
1 bintang 2 pemegang SPCK 1 pemegang SPCK