Exam

Peperiksaan Catur Kedah dan Sijil Peperiksaan Catur Kedah (SPCK)

Siapakah yang perlu menduduki peperiksaan ini?

Setiap ahli PERCAK digalakkan menduduki peperiksaan ini bagi memperoleh Sijil Peperiksaan Catur Kedah. Pemegang sijil ini bolehlah dianggap memiliki pengetahuan asas catur. Selain itu, dengan memiliki sijil ini, melayakkan sekolah mencapai penarafan bintang (akan diperjelas sebentar lagi).

Apakah kandungan peperiksaan ini?

Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
  1. Peringkat Pertama: Asas Catur
  2. Peringkat Kedua: Asas Opening, Ending dan Middlegame
  3. Peringkat Ketiga: Mate in One dan Mate in Two

Setiap peringkat mempunyai 25 soalan yang mana calon perlu menjawab dengan betul 20 soalan untuk lulus. (Secara ringkas, 20/25 untuk lulus)

Ketiga-tiga peringkat boleh diambil serentak pada satu hari, bagaimanapun, calon wajib lulus peperiksaan peringkat pertama untuk membolehkan peperiksaan peringkat kedua dan ketiga diterima pakai.

Setiap calon perlu menjawab soalan dalam tempoh satu (1) jam bagi setiap peringkat.

Bilakah peperiksaan ini bakal diadakan?

Peperiksaan ini bakal diadakan setiap Sabtu terakhir setiap bulan.

Dimanakah peperiksaan ini bakal diadakan?

Peperiksaan ini bakal diadakan di sekolah-sekolah yang berminat menjadi tempat berlangsungnya peperiksaan.

Berapakah yuran peperiksaan ini?

Setiap calon dikenakan RM10 bagi setiap peringkat peperiksaan.

Pengiraan mata bagi Sekolah Cemerlang Catur Kedah: klik sini