Prosedur Permohonan Menganjurkan National Rated Event(NRE) di Kedah

  • Sebelum Kejohanan Bermula
  1. Penganjur mengisi Borang Permohonan di sini.
  2. (Update 15 November 2016) Persatuan akan mendapatkan kelulusan daripada MCF untuk menggunakan perkataan 'National Rated Event' pada risalah kejohanan bagi pihak penganjur. 
  3. Penganjur mendeposit RM200 ke akaun persatuan [1].
  4. Penganjur menghantar prospektus kejohanan dan senarai hadiah kepada email persatuan di .
  5. Persatuan mengeluarkan surat kebenaran setelah perkara berikut ditepati:
    1. Tarikh kejohanan tidak bertindih dengan aktiviti persatuan
    2. RM200 telah sah dideposit ke akaun persatuan
    3. (Update 15 November 2016) Terdapat perkataan 'dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah' pada risalah kejohanan. 
    4. Senarai hadiah mempunyai minimum lima (5) hadiah wang tunai
    5. Permohonan dibuat selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum pertandingan dijadualkan bermula.
    6. (Update 18 Februari 2016) Membayar Yuran Proses RM10 (nonrefundable) 
  • Semasa Kejohanan
  1. (Update 18 Februari 2016) Membuang senarai nama peserta yang tidak hadir sebelum pusingan pertama bermula . Kegagalan membuang nama peserta yang tidak hadir menyebabkan nama peserta tersebut akan dikira di dalam yuran rating. 
  • Selepas Kejohanan
  1. Dalam tempoh tiga (3) hari selepas pertandingan berlangsung, penganjur hendaklah menghantar semua dokumen yang diperlukan bagi tujuan national rating kepada persatuan.
    1. Starting Rank (mempunyai MCF Chess Rating ID pada column IDNo)
    2. Player List in Alphabetical order
    3. Final Standing
    4. Pairing (for every round)
  2. Sekiranya peserta lebih daripada 100 orang, penganjur perlu menjelaskan yuran national rating yang berbaki kepada persatuan dalam tempoh tiga (3) hari. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penganjur disenarai hitamkan daripada penganjuran National Rated Event di Kedah selama lima (5) tahun.
  3. Sekiranya penyertaan kurang daripada 100 orang, jumlah yuran national rating yang terlebih akan dipulangkan oleh persatuan kepada penganjur.
  4. Sekiranya semua perkara yang diperlukan persatuan disempurnakan, persatuan akan menghantar borang national rating kepada MCF bagi pihak penganjur.
AMARAN
Kejohanan NRE yang diadakan tanpa persetujuan persatuan tidak akan diproses borang national ratingnya. Penganjur yang melakukan kesalahan ini akan disenarai hitamkan daripada penganjuran National Rated Event di Kedah selama lima (5) tahun. Malah pampasan kepada para peserta dengan nilai minimum RM10/peserta perlulah dikeluarkan oleh pihak penganjur.

AKAUN BANK
BANK ISLAM CAWANGAN UUM:
02093010010464 (TETUAN PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH)

Sebarang persoalan boleh hubungi: